Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laudya Chintya Bella sudah berkahwin?

    Sejak beberapa hari lalu, timbul gosip mengatakan pelakon terkenal Indonesia iaitu Laudya Chintya Bella telah melangsungkan pernikahan melalui proses ta’aruf dengan seorang jejak Arab yang menetap di Dubai.

    Enggan terus membiarkan spekulasi itu terus bertebaran, Laudya menerusi pengurusnya, Rita menyangkal dakwaan tersebut dan mengesahkan berita tersebut sebagai palsu.

    “Minta maaf, berita itu sangat tidak benar,” kata Rita kepada MNC Portal Indonesia. Rita mengharapkan penjelasan itu dapat menghentikan fitnah terhadap Laudya dan peminat tidak mudah percaya dengan khabar angin berkenaan.

    “Semoga kita semua terhindar daripada fitnah. Barakallahufik,” katanya. Gosip mengenai perkahwinan Laudya itu timbul selepas viral sebuah video di TikTok memaparkan sebuah majlis perkahwinan kononnya milik Laudya dengan seorang kerabat diraja dari Dubai.

    Meskipun wajah pengantin perempuan tidak jelas, namun ramai mendakwa itu adalah Laudya. Lebih menguatkan cerita, pelakon itu dikatakan sering terbang ke Dubai untuk bertemu dengan ‘putera’ rajanya.

    Sebelum ini, Laudya pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada September 2017 namun rumah tangga itu tidak bertahan lama dan mereka bercerai pada Julai 2020. – Agensi

    Timbul gosip mengatakan Laudya Chintya Bella telah melangsungkan pernikahan melalui proses ta’aruf dengan seorang jejak Arab yang menetap di Dubai. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda