Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laudya Cynthia Bella bakal kahwin kerabat Dubai?

    Perkongsian gambar pelakon Laudya Cynthia Bella berada di Dubai baru-baru ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat sehingga timbul khabar angin mendakwa dia bakal berkahwin dengan seorang kerabat raja di sana.

    Menjelaskan hal tersebut, rakan baik kepada Laudya iaitu Zaskia Sungkar memberitahu tujuannya ke negara berkenaan hanyalah untuk membeli pakaian dan jubah.

    Seperti laporan KapanLagi, Zaskia juga memaklumkan Laudya belum membuat perancangan untuk kembali mendirikan rumah tangga meskipun sering dijodohkan dengan beberapa lelaki.

    Dalam masa sama, Laudya dikatakan sedang memberi fokus untuk belajar mengaji.

    Untuk rekod, Laudya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli usahawan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur.

    Hubungan mereka bagaimanapun tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2020. – Agensi

    Laudya belum membuat perancangan untuk kembali mendirikan rumah tangga meskipun sering dijodohkan dengan beberapa lelaki. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda