Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laudya Cynthia Bella pasang niat bersara dari dunia seni

    Bagi mereka yang meminati dan menonton film Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah pasti mengenali pelakon utamanya iaitu, Laudya Cynthia Bella.

    Wanita cantik dari Indonesia ini bukan sahaja terkenal di Indonesia malah Bella terkenal juga di Malaysia dan mempunyai ramai peminat di sini.

    Memetik lapioran Media Hiburan melalui kenyataan yang dihantar Laudya Cynthia Bella kepada pihak media Indonesia, Bella menyatakan bahawa beliau mahu bersara dari dunia seni.

    Meski ia bukanlah perkara yang mudah buat Laudya Cynthia Bella, tetapi niatnya ingin bersara dari bidang seni sudah lama timbul dan kini sudah tiba masanya!

    Menurut Laudya Cynthia Bella “Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu,” menurut sumber Liputan6.

    Bella menyatakan mahu bersara dari dunia seni. – grid.id

    “Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga saya terus beristiqamah dan filem terakhir saya adalah Buya Hamka.”

    Laudya Cynthia Bella juga turut memohon peminatnya akan terus mendoakannya. Dia juga mengatakan hasratnya ingin berjaya dunia akhirat dan banyak yang dia perlu belajar dengan statusnya sekarang.

    Mungkin di sebalik pengakhiran mempunyai permulaan yang lebih baik.

    Dengan persaraan Laudya Cynthia Bella di dalam industri filem dapat membantu dirinya fokus sepenuhnya dalam bidang perniagaan.

    Antaranya adalah, perniagaan tudung dan produk muslimah ‘L’ by Laudya Cynthia Bella yang terinspirasi dan mengikuti jejak bapanya yang berada di dalam bidang pembuatan tekstil.

    Apa sahaja yang dipromosikan oleh wanita ini, pasti ramai yang beli dan menyokongnya.

    Selain dari hasil jualan kasut harian “Daily Darling” oleh Laudya Cynthia Bella, kita juga tahu bahawa Laudya Cynthia Bella juga mengambil bahagian dalam pelancaran QalbyApp Indonesia baru baru ini bersama Mizz Nina yang mewakilkan QalbyApp dari Malaysia.

    Semoga Laudya Cynthia Bella diberikan kekuatan untuk terus beristiqomah dan peminat sentiasa menyokongnya walau apa pun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda