Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laungan dikir 12 malam bermula hari ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Bersempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang akan disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun, semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara akan terus bergema dengan Dikir Maulud selama 12 malam berturut-turut.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, laungan Dikir Maulud di masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara itu akan diungkayahkan oleh para petugas pegawai masjid bermula hari Khamis (malam Jumaat) 7 Oktober 2021 bersamaan dengan 1 Rabiulawal 1443H.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyaksikan secara langsung Majlis Pembukaan Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1443H/2021M di semua saluran televisyen, dan juga di rangkaian radio Nasional, Nur Islam dan Harmoni FM, Radio Televisyen Brunei bagi meme-riahkan lagi hari kebesaran Islam.

    Dalam sama-sama menyaksikan kemeriahan sambutan dan memperingati Maulud Nabi Muhammad SAW, majlis dikir di masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara, kita selaku umat Islam juga mestilah sentiasa mendidik diri dan jiwa untuk memperbanyakkan selawat dan berzikir bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT selain memupuk kesedaran dan keinsafan umat Islam dalam mengenang jasa dan pengorbanan Baginda Rasulullah SAW dalam menyebarkan ajaran Islam serta memohon ganjaran dan syafaat bagi orang-orang yang berselawat ke atas Baginda.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda