Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laungan takbir Aidiladha bergema

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Laungan takbir sempena Hari Raya Aidiladha tahun 1441 Hijrah bergema di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara, malam ini.

    Sehubungan itu, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara menjadi tumpuan bagi majlis takbir yang dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; pengarah-pengarah, para pegawai kanan dan kakitangan dari KHEU serta penduduk-penduduk yang tinggal di sekitarnya.

    Turut memeriahkan lagi majlis takbir tersebut ialah dari Kumpulan Belia Masjid Daerah Brunei dan Muara, Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) dan penduduk sekitarnya.

    Terdahulu acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan seterusnya diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, KHEU, dan Dai’e Bertauliah, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid.

    Majlis kemudian diikuti dengan laungan takbir Allahuakhbar daripada para hadirin.

    Untuk memberkati majlis, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama hadir pada majlis takbir yang diadakan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, malam tadi.
    Majlis turut diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Awang Muhammad Yussof.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda