Oleh Yusrin Junaidi – BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan, kemeriahan 1 Syawal mula terasa setelah pengumuman 1 Syawal akan jatuh pada 31 Mac dan laungan takbir berkumandang di masjid-masjid, surau-surau, balai ibadat di keempat-empat daerah, begitu juga di kaca-kaca televisyen dan di corong-corong radio. Kedatangan bulan Syawal disambut

