Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lautan Pasifik inspirasi koleksi baharu Luminox

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Hubungan kukuh Luminox dengan Lautan Pasifik telah menjadi inspirasi bagi koleksi terbaharunya, dan mengembangkan salah satu siri jam tangan Luminox yang paling popular, Siri Pacific Diver Chronograph 3140.

    Luminox diasaskan di bandar kecil San Rafael, California, Amerika Syarikat, yang terletak di sepanjang pantai Lautan Pasifik.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Luminox, koleksi baharu tersebut akan datang dalam sembilan konfigurasi berbeza, dengan warna yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada jam tangan Luminox.

    Ia akan mempunyai sarung keluli tahan karat bersaiz 44mm, dengan bezel satu arah (uni-directional bezel) CARBONOXTM, instrumen penting untuk mana-mana penyelam.

    Jam tangan itu datang sama ada dengan tali getah baharu Luminox yang menyediakan padanan yang mudah dan sempurna, atau gelang keluli tahan karat.

    Versi hitam kegemaran peminat dengan sarung keluli dan tali hitam juga disediakan.

    Seperti mana-mana jam tangan Luminox yang lain, ia menggabungkan teknologi Luminox Light, memastikannya boleh dilihat dalam sebarang keadaan cahaya sehingga 25 tahun.

    Di Negara Brunei Darussalam, jam tangan Luminox boleh didapati menerusi Peniaga Jam Tangan Chang Ein Hong, MGJ Loyal Timepiece & Jewellery, dan Hoo Ping Trading Co di Seria dengan Crystal Time selaku pengedar eksklusif.

    Jam tangan Siri Pacific Diver Chronograph 3140 yang baru diperkenalkan Luminox. – Gambar serahan Luminox
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda