Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawat KHEU tambah ilmu rumahtangga

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Seramai 34 orang ahli Kumpulan Pengangun Brunei yang diketuai oleh Mashainun Haji Ibrahim telah mengadakan lawatan ilmiah ke Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) kelmarin.

    Antara lain tujuan lawatan tersebut adalah untuk memperoleh ilmu dan nasihat untuk dijadikan panduan kepada bakal pengantin yang ingin mendirikan rumahtangga dan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan jumlah kes penceraian di negara ini.

    Atas & Bawah: Sebahagian dari ahli Kumpulan Pengangun Brunei mendengar taklimat dalam lawatan berkenaan.

    Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga di Jabatan Hal Ehwal Syar’iah, KHEU. Antara tajuk yang dikongsikan semasa lawatan tersebut, panduan dan tips membina rumahtangga, fiqh selepas pergaulan suami isteri dan diikuti dengan sesi soal jawab.

    Pegawai dari Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga menyampaikan taklimat semasa lawatan berkenaan.

    Dengan adanya lawatan ini, ianya diharap akan dapat memberi panduan dan menambahkan lagi pengajaran dan nasihat untuk disampaikan kepada bakal-bakal pengantin dalam menempuh kehidupan berumahtangga yang sesuai dengan berlandaskan ajaran-ajaran agama Islam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda