Monday, July 14, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan Albanese ke China fokus hubungan perdagangan

    BEIJING, 13 JULAI – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese memulakan lawatan ke China hujung minggu ini yang bertujuan mengukuhkan hubungan dagangan antara kedua-dua negara.

    Albanese bertemu dengan Setiausaha Parti Shanghai, Chen Jining hari ini, sebagai pertemuan pertama dalam siri pertukaran peringkat tinggi yang akan merangkumi pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping; Perdana Menteri Li Qiang dan Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan, Zhao Leji.

    Albanese mengetuai ‘delegasi perniagaan yang sangat besar’ ke China, yang mencerminkan kepentingan hubungan ekonomi antara Australia dan China, katanya kepada penyiar rasmi China, CGTN, sebaik tiba di Shanghai kelmarin.

    Sepanjang lawatan selama seminggu, Albanese dijadualkan bertemu dengan wakil sektor perniagaan, pelancongan dan sukan di Shanghai dan Chengdu, termasuk menyertai mesyuarat meja bulat ketua pegawai eksekutif (CEO) pada Selasa di Beijing, menurut pejabatnya.

    Ia merupakan lawatan kedua Albanese ke China sejak kerajaan Parti Buruh pimpinannya dipilih pada 2022. Parti itu telah dipilih semula pada Mei lalu dengan majoriti yang lebih besar. – AP

    Anthony Albanese semasa meninggalkan acara media di Sydney, pada 11 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda