Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Lima pegawai dari Majlis Akreditasi Negara Brunei Darussalam (BDNAC) telah mengadakan lawatan ke Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS), baru-baru ini.
Ia bertujuan untuk memastikan Kolej IGS mempunyai kemudahan yang mencukupi dan memenuhi keperluan kualiti lain untuk menjalankan semua program dan kursus dengan berkesan.
Lawatan tersebut diketuai oleh Pegawai Kanan Pendidikan, Hajah Jauyah binti Tuah dan delegasi dari Kementerian Pendidikan yang turut hadir.
Rombongan itu dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej IGS, Dr Haji Azaharaini bin Haji Mohd Jamil dan Ketua Akademik, Jacqueline Jubang.