Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan beri peluang kenali masjid lebih dekat

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Urus Setia Program Keagamaan Belia dan Belia Mualaf Asy-Syahadah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) hari ini mengadakan Program Lawatan Masjid ke-3 bagi 2023 di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya merasmikan program dengan penandatanganan signage ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Chong Chin Yee.

    Hadir sama ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman; Pemangku Pegawai Ugama Kanan PDI, Hajah Zunainah binti Haji Gunong, dan Ketua Bahagian Pengembangan Dawah, PDI, Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidop.

    Yang Berhormat Chong Chin Yee antara lain berkata, melalui lawatan tersebut telah memberikan peluang kepada beliau untuk melihat dan mengetahui lebih dekat lagi keindahan agama Islam bukan saja dalam mengerjakan solat lima waktu malah dalam pengurusan jenazah juga.

    Yang Berhormat Chong Chin Yee semasa mengadakan lawatan ke Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar ramai bersama belia-belia Muallaf Asy-Syahadah dengan Jabatan Hal Ehwal Masjid. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda