Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Berserumpun Kawasan 4, Kampung Panchor, Mukim Mentiri, hari ini, telah mengadakan program lawatan sempena cuti sekolah akhir tahun MPK bersama anak-anak yatim, belia dan beliawanis kawasan berkenaan.
Lawatan yang disertai oleh 46 orang itu turut mengunjungi Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja dan juga Muzium Alat Kebesaran Diraja di ibu negara.
Dengan adanya aktiviti lawatan sambil belajar ini, ia bukan saja memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk mengetahui tempat menarik malah secara tidak langsung dapat memberikan ilmu mengenai sejarah dan warisan Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir dalam program lawatan itu ialah Ketua Kampung Kawasan 4 RPN Kampung Panchor, Awang Faidil Rosemady bin Mohamad.