Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan guru Commerce ke Taman Agri Katimahar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Dengan matlamat untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada guru-guru berhubungan dengan contoh tempatan untuk pengajaran mereka, delegasi seramai 30 orang guru subjek Commerce dari sekolah menengah dan maktab kerajaan, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, sekolah swasta serta pegawai pelajaran kanan Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengadakan lawatan ke Taman Agri Katimahar, kelmarin.

    Lawatan itu dianjurkan oleh Cikgu Lim Wei Chin dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain di mana menerusi lawatan berkenaan, guru-guru dapat memberikan contoh tempatan kepada pelajar mereka berkaitan topik dalam Commerce iaitu Production dan Retail Trade.

    Semasa lawatan berkenaan, ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Pengurusan Taman Agri Katimahar, Haji Zainal bin Haji Safar. Beliau telah memberikan taklimat kepada rombongan delegasi mengenai sejarah dan matlamat penubuhan Katimahar Agri Park.

    Taman itu ditubuhkan dengan kerjasama ahli Majlis Perundingan Kampung Katimahar supaya mempunyai ruang di mana mereka boleh bertani secara terbuka dan menjual hasil.

    Beliau turut mengongsi perancangan masa depan dengan majlis perundingan untuk menanam herba tempatan dan membangunkan chalet bagi inap desa.

    Selepas sesi taklimat berkenaan, rombongan guru-guru melawat ke taman berkenaan dan memetik hasil buah-buahan tempatan seperti limau kasturi dan sayur-sayuran tempatan sebagai cenderahati.

    Semasa lawatan itu, Setiausaha SBC Commerce Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Dayang Nur Laila Amatullah binti Abdullah Lai telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada Haji Zainal.

    Sesi bergambar ramai guru-guru subjek Commerce bersama pihak pengurusan Taman Agri Katimahar. – Gambar serahan Jabatan Sekolah-Sekolah
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda