Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan ke Bank Baiduri tingkat kesedaran kewangan pelajar SMSS

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Bank Baiduri telah mengalu-alukan lawatan pendidikan daripada seramai 30 pelajar Sekolah Seri Mulia Sarjana (SMSS) di Ibu Pejabat Bank Baiduri, hari ini.

    Semasa lawatan berkenaan, Bank Baiduri telah menyediakan para pelajar Tahun 10 sekolah berkenaan pengalaman pembelajaran yang komprehensif untuk meningkatkan celik kewangan dan pemahaman mereka tentang operasi perbankan dan kewangan.

    Pegawai-pegawai dari Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik Kumpulan Bank Baiduri telah memberikan pengenalan ringkas mengenai pencapaian, penawaran produk utama dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bank berkenaan.

    Ia diikuti dengan ceramah kesedaran kewangan oleh ahli pasukan Pengurusan Kekayaan Bank Baiduri, yang menyentuh kepentingan memulakan perancangan kewangan lebih awal dan memaparkan pengenalan kepada alat kewangan asas yang boleh membantu pelajar menabung.

    Para pelajar turut berpeluang mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Bank Baiduri termasuk lawatan ke Dewan Perbankan, Hab Digital dan Baiduri Capital anak syarikat bank, di mana rombongan diperkenalkan dengan perancangan pelaburan.

    Menurut Ketua Pengurusan Kekayaan Bank Baiduri, Brian Wong, berkata lawatan itu mampu merangsang minat dalam kalangan pelajar sekolah yang lebih muda untuk belajar tentang simpanan kewangan dan belanjawan dalam dunia sebenar.

    “Dengan menggalakkan pelajar-pelajar ini mula berfikir tentang mengurus kewangan seawal mungkin dan memberitahu mereka perkhidmatan dan alat yang ada, kami mengambil satu lagi langkah penting ke arah meningkatkan kesedaran kewangan dan celik kewangan Brunei secara keseluruhan, selaras dengan objektif Majlis Kebangsaan Celik Kewangan Brunei Darussalam,” tambahnya.

    Sekumpulan pelajar SMSS dengan guru pengawas mereka bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan Bank Baiduri. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda