Saturday, July 26, 2025
34.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan ke bank tingkat kesedaran kewangan pelajar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Seramai 30 pelajar dari Sekolah Menengah Rimba, telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Bank Baiduri, baru-baru ini.

    Lawatan ini menawarkan pengalaman pembelajaran yang komprehensif kepada pelajar Tahun 11 untuk meningkatkan kesedaran tentang literasi kewangan, kemampanan dan peluang kerjaya dalam industri perbankan.

    Pegawai dari Jabatan Pemasaran Strategik dan Komunikasi Kumpulan Bank memulakan acara tersebut dengan sesi dengan pengenalan ringkas mengenai Bank Baiduri dengan mengongsikan pencapaian, tawaran produk utama, dan inisiatif kemampanan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bank tersebut.

    Ini diikuti dengan ceramah kesedaran kewangan oleh ahli pasukan Pengurusan Kekayaan Bank yang membincangkan kepentingan perancangan kewangan awal dan memperkenalkan alat asas untuk membantu pelajar mengembangkan tabiat simpanan yang bijak.

    Program ini diteruskan dengan sesi oleh pasukan Pengambilan Bakat dari Jabatan Sumber Manusia Kumpulan Bank, menawarkan pandangan tentang peluang kerjaya dalam sektor perbankan.

    Lawatan berakhir di Ibu Pejabat Bank Baiduri, termasuk Digital Hub di mana pelajar meneroka platform b.Digital Bank dan Baiduri Capital, di mana pelajar diperkenalkan kepada perancangan pelaburan dan perkhidmatan.

    Ketua Pengurusan Kekayaan dan Pengurus Besar Baiduri Capital, Brian Wong berkata, “ Lawatan sekolah ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk mempromosikan kesedaran kewangan dan menggalakkan pelajar mengembangkan tabiat kewangan yang bertanggungjawab”.

    Katanya lagi, “ Lawatan juga menawarkan pendedahan yang bermakna kepada persekitaran perbankan dan memperkenalkan pelajar kepada pelbagai laluan kerjaya dalam industri kewangan”.

    Beliau seterusnya menambah “mengukuhkan literasi kewangan di kalangan belia adalah langkah penting ke arah membina komuniti yang berdaya tahan kewangan di mana inisiatif ini mencerminkan sokongan berterusan Bank Baiduri untuk usaha kebangsaan yang memajukan pendidikan kewangan dan kesejahteraan kewangan jangka panjang.”

    Sesi bergambar ramai semasa lawatan berkenaan.
    Atas & Bawah: Antara suasana semasa lawatan berkenaan.
    – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda