Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan ke CF29 fahami landskap perniagaan Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Dalam usaha bersepadu untuk menyokong perniagaan tempatan dan memupuk pertumbuhan ekonomi, wakil daripada Majlis Mesyuarat Negara, dewan-dewan perniagaan, dewan kebangsaan dan Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) telah dijemput untuk melawat Pesta Pengguna ke-29 (CF29) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

    Lawatan itu membolehkan para jemputan untuk melibatkan diri dengan para peserta pesta dan melihat lebih dekat kemajuan perniagaan tempatan agar mereka dapat memahami landskap perniagaan Brunei.

    Semasa lawatan itu, beberapa perniagaan tempatan berkongsi mengenai cabaran yang mereka hadapi dan melahirkan rasa terima kasih atas peningkatan dalam persekitaran perniagaan tempatan termasuk kesediaan akses pasaran ke Sabah dan Sarawak melalui proses kemudahan yang diberikan.

    Pesta Pengguna bertujuan untuk terus menyediakan platform bagi spin-off peluang perniagaan lain dan menyediakan produk yang lebih baik kepada pasaran tempatan.

    Turut menyertai lawatan itu ialah Pengarah Bahagian Ekosistem Industri dan Perniagaan (IBE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), Allen On dan wakil penganjur, D’Sunlit Sdn Bhd.

    Rombongan bergambar ramai semasa lawatan ke CF9 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. – GAMBAR SERAHAN D’SUNLIT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda