Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lawatan Kelab BMW Motorrad Malaysia ke QAF

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – QAF Auto Sdn Bhd dan BMW Motorrad Brunei baru-baru ini menerima kunjungan daripada rombongan 30 orang dari Kelab BMW Motorrad Malaysia yang dalam rangka Ekspedisi Jelajah Borneo selama 17 hari sejauh 4,000 kilometer merentasi Sabah, Brunei, Sarawak dan Kalimantan.

    Ekspedisi anjuran Kelab BMW Motorrad Malaysia itu diketuai oleh Presiden Kelab berkenaan, Azman Abu.

    Sepanjang berada di negara ini, rombongan diraikan dengan pelbagai aktiviti antaranya pengalaman rekreasi, eksplorasi budaya, aktiviti mencabar, menikmati hidangan makanan tradisi Brunei dan banyak lagi.

    Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo berkata, para peserta ekspedisi berkenaan terdiri daripada warganegara Malaysia dan Singapura yang telah bertolak dari Kota Kinabalu, Sabah pada 14 November yang lalu dan tiba di Bandar Seri Begawan pada 21 November sebelum melanjutkan perjalanan ke Sarawak dan Kalimantan.

    Dalam pada itu, Pengurus BMW Motorrad, Shan Tong juga mengumumkan mengenai kehadiran barisan model baharu motosikal BMW iaitu R1300 GS yang dijangka akan diperkenalkan di negara ini pada penghujung tahun.

    Tahun ini merupakan tahun yang menarik, kerana beberapa model baharu dan model facelift telah dilancarkan, dan lebih banyak model lagi akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

    “Kami berharap untuk membawa masuk lebih banyak model dengan spesifikasi tertinggi ke Brunei Darussalam pada masa hadapan,” tambah Shan Tong.

    Alisa Khoo, Shan Tong dan Azman Abu bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Alisa Khoo, Shan Tong dan Azman Abu serta rombongan Kelab BMW Motorrad Malaysia bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...