Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan kenal pasti kerjasama dua hala

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Bagi mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti pembelajaran serta penyelidikan di Kampus Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, telah mengadakan lawatan ke kampus berkenaan, di Cawangan Sinaut, pada 25 Jun lalu.

    Kehadiran Tuan Yang Terutama telah disambut oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, pegawai-pegawai eksekutif, Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban, Pemangku Dekan Fakulti Pertanian termasuk ahli akademik, kakitangan dan para pelajar.

    Terdahulu sebelum lawatan, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Dr Haji Norarfan.

    Acara kemudiannya diteruskan dengan tinjauan di sekitar kampus termasuk kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalamnya di mana ia digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi program-program yang ditawarkan di Fakulti Pertanian serta di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban.

    Selain itu, Tuan Yang Terutama turut mengadakan lawatan ke Makmal Ibnu Sina, Rumah Herba, ladang jagung, kolam dan juga Galeri Al-Azhar.

    Dalam lawatan tersebut, Tuan Yang Terutama sempat berinteraksi dengan rombongan dari Universiti Pertanian Malaysia Kampus Bintulu yang juga sedang mengadakan lawatan sambil belajar di kampus berkenaan.

    TYT Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani dan Dr Haji Norarfan semasa lawatan sekitar kolej berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda