Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan kenali Perpustakaan IBTE Kampus Nakhoda Ragam

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Seramai 16 orang pelajar HNTec dalam Pengajian Maklumat dan Perpustakaan dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Saiful Rijal telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan IBTE Kampus Nakhoda Ragam, baru-baru ini.

    Semasa lawatan itu, rombongan pelajar telah mendengarkan taklimat mengenai perkhidmatan dan koleksi perpustakaan serta aktiviti Kelab Perpustakaan.

    Rombongan juga menyertai aktiviti kelab berkenaan bersama pelajar IBTE Kampus Nakhoda Ragam, iaitu aktiviti kuiz am mengenai Negara Brunei Darussalam dan IBTE
    Aktiviti diteruskan dengan kuiz perambahan Brunei di mana pemenang diberikan hadiah hasil sumbangan ketua perpustakaan.

    Lawatan diakhiri dengan acara bergambar ramai dan menikmati jamuan.

    Gambar ramai rombongan pelajar semasa lawatan itu. – Gambar oleh Lyna Mohamad
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda