Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan kenali tugas bomba

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Seramai 58 orang murid bersama guru-guru pengawas dan ibu bapa dari Peachtree Playhouse berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat serta mengenali tugas dan peranan anggota bomba dan penyelamat semasa lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Berakas dan Balai Bomba Unit Operasi Wanita, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, rombongan murid dan guru berkenaan dialu-alukan oleh para pegawai dan anggota Balai Bomba Unit Operasi Wanita.

    Rombongan diberikan taklimat ringkas mengenai tugas-tugas dan peranan anggota bomba, melihat secara dekat perkakas menyelamat serta juga berpeluang untuk menaiki jentera bomba.

    Salah seorang murid berpeluang mengendalikan hos bomba semasa lawatan.
    Rombongan murid, guru pengawas dan ibu bapa bergambar ramai dengan anggota bomba semasa lawatan ke Balai Bomba Berakas dan Balai Bomba Unit Operasi Wanita, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda