Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan kerja diteruskan ke sekolah-sekolah Arab

    Oleh Yusrin Junaidi, Salawati Haji Yahya & Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JAN – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, pagi tadi, meneruskan lagi sesi lawatan kerja ke Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan (SPABSB).
     
    Sesi lawatan kerja berkenaan bersempena pendaftaran dan kemasukan pelajar-pelajar Sanah 5 ke Persekolahan Arab bagi Tahun 1446H / 2025M, di mana tahun ini seramai 190 pelajar perempuan telah menerima tawaran kemasukan ke Sanah 5 di SPABSB.
     
    Lawatan itu merupakan acara tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bagi meninjau pelaksanaan aktiviti kemasukan para pelajar baharu ke persekolahan Arab di samping melihat lebih dekat prasarana dan kemudahan sekolah bagi memastikan penyediaan pendidikan yang berkualiti tinggi.
     
    Turut hadir dalam rombongan KHEU itu ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pengajian Islam (JPI), KHEU.
     
    Sementara itu, seramai 189 pelajar lelaki telah menerima tawaran kemasukan ke Sanah 5 di Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB), Rimba.
     
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mengadakan lawatan kerja ke SPABSB kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Haji Mohammad Rosli berinteraksi dengan pelajar Sanah 5 semasa lawatan kerja ke SASHHB, Rimba. – GAMBAR OLEH SALAWATI HJ YAHYA
    Para pelajar SASHHB, Rimba. – GAMBAR OLEH SALAWATI HJ YAHYA
    Haji Shamshol meninjau lebih dekat aktiviti yang diadakan di SAB kelmarin. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Pelajar SAB mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan.- GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara pelajar yang hadir semasa sesi taklimat di SAB.- GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Sesi pendaftaran dan kemasukan pelajar-pelajar baharu Sanah 5 ke sekolah tersebut telah disaksikan oleh Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.
     
    Manakala di Daerah Tutong, Mahad Islam Brunei hari ini menerima pendaftaran dan kemasukan 50 pelajar baharu Sanah 5 yang terdiri daripada 28 pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan bagi tahun 2025.
     
    Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim telah mengadakan lawatan kerja ke sekolah tersebut.
     
    Di Daerah Belait, seramai 28 pelajar terdiri dari 14 pelajar lelaki dan 14 pelajar perempuan telah menerima tawaran kemasukan di Sekolah Arab Belait (SAB) tahun ini.
     
    Lawatan kerja ke sekolah berkenaan telah dihadiri oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda