Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Rombongan seramai 27 ahli jawatankuasa, staf, ibu bapa dan sukarelawan KACA mengadakan lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia bermula 2 hingga 6 Oktober.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KACA, di sini, rombongan berkenaan diketuai oleh Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman.
Lawatan kerja berkenaan bermatlamat untuk memberi pengalaman baru, memberi latihan dan bimbingan kepada kanak-kanak KACA serta bertukar-tukar fikiran dengan rakan sejawat semasa lawatan.