Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan kerja tinjau pelaksanaan sesi pengajaran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JAN – Sempena bermulanya musim persekolahan bagi tahun akademik 2025, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh dan rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke tiga buah sekolah di Daerah Brunei dan Muara, hari ini.
     
    Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, lawatan kerja ke Sekolah Menengah Berakas, Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien dan Sekolah Menengah Menglait itu bertujuan untuk meninjau dan menyaksikan secara lebih dekat pelaksanaan aktiviti-aktiviti kembali ke sekolah, meninjau prasarana dan kemudahan sekolah dan pelaksanaan mata pelajaran STEAM (STEAM Education and Skills, SES). 
     
    Lawatan kerja rombongan Yang Berhormat Datin telah dimulakan ke Sekolah Menengah Berakas dan disambut oleh pengetua sekolah berkenaan, Alexander bin Bandang.
     
    Sementara itu, lawatan diteruskan ke Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dengan rombongan dialu-alukan oleh pengetua sekolah tersebut, Awang Mohamed Santra bin Haji Bolhasan.
     
    Kemudian lawatan berakhir di Sekolah Menengah Menglait dengan ketibaan rombongan dialu-alukan oleh pengetua sekolah, Awang Huzaimi bin Moksin.
     
    Semasa lawatan ke sekolah-sekolah berkenaan, Yang Berhormat Datin berpeluang untuk menyaksikan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran serta berinteraksi dengan para guru dan pelajar. 
     
    Beliau juga meninjau prasarana sekolah yang sedia ada bagi memastikan ia kondusif untuk mendukung sesi pengajaran dan pembelajaran. 
     
    Turut menyertai rombongan ini ialah setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap serta ketua-ketua jabatan dari Kementerian Pendidikan.
     
    Yang Berhormat Menteri Pendidikan bergambar ramai bersama guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Berakas. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah berinteraksi bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Menglait. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda