Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan kongsi perkembangan profesional prasekolah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Sekolah Rendah Amar Pahlawan, baru-baru ini, telah menerima Lawatan Penanda Aras daripada rombongan Prasekolah Kebangsaan (Pertubuhan bukan Kerajaan), Sekolah Kota Warisan, Sepang, Selangor untuk mengongsikan perkembangan profesional prasekolah dan sokongan program prasekolah seperti program budaya membaca. 

    Acara dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah sebelum kongsi sama daripada Guru Besar Sekolah Rendah Amar Pahlawan, Dayang Saliha binti Haji Tinggal.

    Sementara itu, taklimat disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Prasekolah Kebangsaan, Zakiyudden bin Mohd Khadir, dan Penggubal Kurikulum Prasekolah, Marina Sirat selaku penasihat Pertubuhan Prasekolah.

    Acara kemudiannya disudahi dengan sesi lawatan ke bilik prasekolah berkenaan.

    Rombongan Prasekolah Kebangsaan (pertubuhan bukan kerajaan), Sekolah Kota Warisan, Sepang, Selangor bergambar ramai semasa lawatan ke Sekolah Rendah Amar Pahlawan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda