Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan lambang kesinambungan kerjasama

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan menerima mengadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Mengiringi Panglima ATM ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini Atan dan pegawai-pegawai kanan ATM.

    Sementara itu, di ruang berasi-ngan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, berkenan menerima mengadap isteri Panglima ATM, Datin Risia binti Sheikh Ali Omar Bajarai dan turut mengiringi ialah anak beliau, Sheikha Ajlaa binti Datuk Haji Mohd Nizam.

    Negara Brunei Darussalam dan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang erat lagi mesra sejak Januari 1984 di mana kerjasama pertahanan telah dimeterai secara rasminya melalui penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) dalam kerjasama pertahanan pada 14 Februari 1992.

    Lawatan itu melambangkan komitmen untuk sama-sama menekankan kesinambungan kerjasama erat melalui pelbagai kolaborasi pertahanan dua hala dan pelbagai hala, termasuk operasi keselamatan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

    Ia turut mencerminkan usaha bersama dalam menyokong peranan penting ASEAN selaku tunjang kepada perpaduan dan kestabilan serantau.

    Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam ke Negara Brunei Darussalam sejak beliau dilantik menjadi Panglima ATM pada 31 Januari lalu.

    Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam dan rombongan berada di Brunei bagi lawatan rasmi selama tiga hari hingga hari ini.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima pesambah daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar pada majlis mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berkenan menerima mengadap isteri dan anak Panglima ATM. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda