Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lawatan MPM Pekan Tutong erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim

    TUTONG, 2 NOV – Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) Pekan Tutong baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke kawasan sekitar Kampung Sungai Teraban untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan di kampung tersebut.

    Mengalu-alukan rombongan ialah Pemangku Ketua Kampung Sungai Teraban, Awang Zaini bin Haji Kadri yang berkongsi pelbagai inisiatif Satu Kampung Satu Produk (1K1P) di kampung tersebut.

    Di samping itu, rombongan juga mendengarkan penjelasan mengenai pelbagai aktiviti dan program berfokuskan keagamaan dan belia yang dijalankan di seluruh kampung yang berfungsi untuk merapatkan masyarakat melalui majlis perundingan kampung (MPK).

    Semasa lawatan itu, MPM Pekan Tutong turut menyampaikan jemputan kepada ahli-ahli MPK dan penduduk Kampung Sungai Teraban ke acara Tutong Buzz yang merupakan bazar hujung minggu anjuran MPK Sengkarai pada 28 dan 29 Oktober lalu di Kompleks Cempaka, Pekan Tutong.

    Awang Zaini dan ahli-ahli MPM bergambar ramai semasa lawatan berkenaan. – Gambar serahan MPM Pekan Tutong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...