Sunday, October 6, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan muhibah erat silaturahim

    Oleh Sim Y. H.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Dalam usaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan bertukar-tukar pengalaman dalam memajukan persatuan, rombongan 11 orang daripada Persatuan Jatti Miriek Miri telah mengadakan lawatan muhibah ke Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), baru-baru ini.

    Rombongan berkenaan diketuai oleh Presiden Persatuan Jatti Miriek Miri, Datuk Haji Abdillah bin Temenggong Haji Abdul Rahim di mana mereka dialu-alukan oleh Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Othman serta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB.

    Pada majlis berkenaan, Datuk Haji Abdillah dalam ucapan balasnya melahirkan rasa kagum atas pencapaian dan kemajuan PGGMB serta menyatakan bahawa PGGMB boleh dijadikan sebagai contoh dalam mengurus tadbir persatuan yang dinamik. Pada majlis berkenaan, rombongan itu diberikan taklimat mengenai sejarah, perkembangan dan kemajuan PGGMB yang disampaikan oleh Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri.

    Haji Abdul Alim dan ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB bergambar ramai dengan Datuk Haji Abdillah serta rombongan Persatuan Jatti Miriek Miri yang mengadakan lawatan muhibah ke PGGMB, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda