Oleh Dainel Lim
KUALA BELAIT, 11 NOV – Murid pra sekolah dari Sekolah Rendah Muhammad Alam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampong Pandan, baru-baru ini.
Semasa lawatan tersebut, murid-murid sekolah berkenaan telah menyertai sesi mari bercerita yang dikendalikan oleh kakitangan perpustakaan, di mana mereka mendengarkan kisah ‘Sang Rusa dan Sang Gajah’, sambil mempelajari nilai-nilai penting seperti hormat-menghormati, kemaafan, dan persahabatan.
Antara aktiviti lain yang turut memeriahkan lawatan tersebut termasuk pelbagai permainan dan aktiviti interaktif, serta lawatan sekitar perpustakaan untuk mengenali kemudahan yang terdapat di premis berkenaan.
Dengan lawatan ini, pihak sekolah berharap lawatan ia dapat memperkenalkan kepada murid tentang peranan dan fungsi perpustakaan, serta menginspirasikan mereka untuk menggunakan kemudahan yang ada bagi mengembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang kesusasteraan.
Selain itu, pihak sekolah juga berhasrat untuk mengadakan lawatan seumpama ini ke perpustakaan lain di sekitar daerah bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk terus meneroka pelbagai perpustakaan dan kemudahannya.





