MUMBAI, 14 Jan – Pemimpin Israel Benjamin Netanyahu mengadakan lawatan beremosi minggu ini ke sebuah pusat orang Yahudi yang menjadi sasaran serangan Mumbai 2008 dalam lawatan yang diharapkan oleh masyarakat kecil dan semakin berkurangan di India akan menaikkan profil mereka.
Netanyahu akan mengadakan rundingan perdagangan di New Delhi dan akan berasa kagum di Taj Mahal sebelum mengadakan lawatan di Mumbai, tempat yang didiami oleh majoriti kira-kira 4,500 orang Yahudi di Indiai.
Di sana beliau akan diiringi oleh Moshe Holtzberg, berusia 11 tahun apabila budak lelaki itu pulang buat kali pertama ke rumahnya tempat ibu bapanya dibunuh dalam serangan ganas pada 26 September yang mengorbankan 166 orang.
Di tempat ibadat orang yahudi di Magen David, Mumbai, para jemaah gembira tentang lawatan pertama ke India oleh pemimpin Israel itu dalam tempoh hampir 15 tahun.
“Itu adalah berita baik bagi kami. Kami sangat bernasib baik dapat melihat perdana menteri di sini,” Joel Gershon Awaskar memberitahu AFP.
Netanyahu akan menjadi pemimpin kedua Israel melawat India dan yang pertama sejak Ariel Sharon pada tahun 2003. Ia diadakan enam bulan selepas pemimpin India Narendra Modi melawat Israel.
Bagi Jonathan Soloman, pengerusi Persekutuan Orang Yahudi India, lawatan antara satu sama lain dan hubungan mesra kedua-dua negara adalah yang paling penting sekali’ bagi orang Yahudi di India.
“Lebih rapat kerjasama, lebih dekat perasaan masyarakat Yahudi di India dengan Israel. Kami merasa diperakui dan kami merasa terjamin,” dia memberitahu AFP. “Bukan perakuan dari luar negara saja yang diinginkan oleh orang Yahudi India. – AFP