Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 5 FEB – Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, baru-baru ini mengadakan lawatan ke ladang kopi milik Syarikat Pertanian Tropikal Utama di Kampung Rampayoh, Mukim Labi.
Turut menyertai lawatan tersebut ialah setiausaha-setiausaha tetap dan pegawai-pegawai dari Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, dan ketibaan rombongan dialu-alukan oleh pemilik ladang, Yong Khian Fook.
Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk memantau perkembangan ladang kopi, selain membincangkan mengenai pembangunan dan penghasilan ladang sejak beberapa tahun kebelakangan.