Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Seramai 15 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan lawatan sambil belajar bagi kursus CM3311 Pengurusan Perkhidmatan Islam ke Royal Brunei Culinary (RBC) di Lambak Kanan, baru-baru ini.
Rombongan terdiri daripada 14 orang pelajar Tahun 3 dan 4 Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan serta seorang pelajar minor dari Sarjana Muda Sains Halal, Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI).
Lawatan diketuai oleh pensyarah, Dr Khatijah binti Othman dan penolong pensyarah, Dayang Noorhizrah binti Mohammad.
Antara tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas tentang Pengurusan Perkhidmatan Islam dan membuka peluang kepada pelajar untuk mempelajari dan melihat bagaimana sesebuah organisasi menguruskan perniagaan dari segi perancangan, pemasaran serta mematuhi undang-undang Islam.


