Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Lawatan PEMADAM erat silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Seramai 32 orang daripada kelab dan persatuan dari Sarawak telah mengadakan lawatan muhibah ke Negara Brunei Darussalam yang dihoskan oleh Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), baru-baru ini.

    Kehadiran delegasi pelawat telah dialu-alukan oleh Yang Di-Pertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.

    Lawatan Kelab PEMADAM Universiti Putra Malaysia (UPM)Kampus Bintulu dan Persatuan PEMADAM Daerah Bintulu Sarawak selama enam hari bermula dari 20 hingga 25 Jun lalu itu bertujuan untuk menimba pengetahuan dan mencari pengalaman dalam pelbagai bidang. Di samping untuk mengeratkan silaturahim di antara dua buah negara berjiran, sekali gus menyaksikan pertukaran persembahan kebudayaan.

    Mengetuai lawatan berkenaan ialah Penolong Pendaftar Kanan, merangkap Penasihat Program UPM Kampus Bintulu Sarawak, Rosidah binti Basir; dan Hamzah bin Kawi, selaku ketua rombongan Persatuan PEMADAM Daerah Bintulu Sarawak.

    Di sepanjang lawatan itu diadakan PERBEKAL telah menyelaras pelbagai program serta aturcara bagi mencapai matlamat dan tujuan lawatan.

    Rombongan PEMADAM bergambar ramai semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Antara atucara yang telah disusun termasuklah lawatan ke kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan seperti Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pusat Pembangunan Belia, Pusat Integrasi Jabatan Penjara, Pusat Sejarah Brunei dan Pusat Dakwah Islamiah.

    Selain itu, delegasi pelawat juga diaturkan melawat ke pusat gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Sokongan Aftercare (AFSA) dan Akademi Sukan Memanah Ar Rafi (PASMA).

    Aktiviti lain seperti perlawanan persahabatan badminton dan sukan rekreasi turut diadakan termasuk ramah mesra bersama keluarga selama tiga malam berturut-turut di rumah ahli-ahli yang terpilih.

    Kemuncak daripada lawatan tersebut ialah persembahan kebudayaan daripada kedua-dua belah pihak.

    Menerusi lawatan tersebut, Yang Di-Pertua PERBEKAL telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi bantuan bagi menjayakan program lawatan tersebut, khususnya Jabatan Belia dan Sukan dalam memberi kebenaran menggunakan prasarana di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...