Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Rombongan empat orang ahli Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri undangan Sambutan Jubli Emas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) ke-50 yang akan berlangsung selama dua hari mulai esok.
Rombongan berkenaan diwakili oleh Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Abdul Alim bin Haji Awang Othman; Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri; Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri), Haji Yahya bin Haji Mirassan dan Ahli PGGMB, Pengiran Hajah Armah binti Pengiran Haji Damit.
Lawatan berkenaan dihasratkan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama, persahabatan dan silaturahim antara PGGMB dan NUTP.


