Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lawatan rasmi pertama Panglima US INDO-PACOM ke Kementerian Pertahanan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Kementerian Pertahanan menerima lawatan rasmi daripada Panglima United States Indo-Pacific Command (US INDO-PACOM), Laksamana John C Aquilino, dari 7 hingga 9 Ogos.

    Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Laksamana John C Aquilino disambut oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Ini diikuti dengan perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei.

    Laksamana John C Aquilino juga mengadakan kunjungan hormat yang berasingan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir dan Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi.

    Semasa kunjungan hormat berkenaan, kedua-dua pihak menekankan hubungan pertahanan yang rapat dan lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat (AS) yang terus berkembang melalui perjumpaan dua hala yang luas.

    Lawatan itu merupakan lawatan pertama Laksamana John C Aquilino ke Negara Brunei Darussalam semenjak pelantikannya sebagai Panglima US INDO-PACOM pada 30 April 2021.

    Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak ketika menerima kunjungan daripada Laksamana John Aquilino di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, kelmarin.
    Laksamana John Aquilino memeriksa perbarisan kawalan kehormatan.
    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi dan Laksamana John C Aquilino bergambar ramai dengan pegawai-pegawai kanan ABDB dan rombongan lawatan rasmi berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...