Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Lawatan sambil belajar ke IBTE

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 13 SEPT – Seramai 24 orang penuntut Tahun 10 berserta empat orang guru dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Institut Pendidikan Teknikal Brunei Kampus Jefri Bolkiah (IBTE JBC), baru-baru ini.

    Lawatan itu bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para penuntut yang berminat untuk meneruskan pengajian ke IBTE selain memberi peluang kepada mereka berinteraksi bersama para tenaga pengajar serta pelajar IBTE mengenai pembelajaran dan syarat kemasukan khususnya program-program yang ditawarkan di IBTE JBC terutama sekali program khas untuk pelajar yang mengambil peperiksaan IGCSE.

    Kedatangan para pelajar dan guru telah dialu-alukan oleh Pegawai Perhubungan Industri IBTE JBC, Hajah Salenawati binti Haji Mohd Saji dan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

    Seterusnya, taklimat ringkas mengenai IBTE khususnya JBC telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam IBTE JBC, Dayang Sazrina Mazri.

    Acara diakhiri dengan lawatan ke beberapa buah tempat iaitu Simulasi Akademi Maritim Brunei, Makmal Kejuruteraan Instrumentasi dan Kawalan, Bengkel Kejuruteraan Servis Bangunan, Loji Mini IBTE dan makmal komputer Sekolah Teknologi Maklumat, dan Komunikasi (ICT).

    Menurut IBTE, lawatan sambil belajar seperti itu perlu diteruskan dari semasa ke semasa bagi memberi peluang dan pendedahan para penuntut khususnya penuntut tahun 10 dan 11 serta guru kerjaya mengenai program-program yang ditawarkan di semua IBTE.

    Pelajar Tahun 10 sekolah semasa mendengar taklimat yang disampaikan di IBTE JBC. – Gambar serahan IBTE JBC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...