Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman
BANDAR SERI BEGAWAN – Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara menganyam alat-alat budaya lama, empat mahasiswi dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) baru-baru ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke rumah kediaman Hajah Jauwah binti Haji Ali di Kampung Bebatik, Kilanas.
Hajah Jauwah adalah seorang penduduk berasal dari Kampung Lurong Dalam, Kampong Ayer, sebelum berpindah ke Kampung Bebatik. Pada zaman kanak-kanaknya, beliau telah diajarkan mengenai cara-cara menganyam alat-alat budaya lama yang telah diturunkan dari datuk, nenek dan orang tua mereka yang berasal dari Kampong Ayer.
Oleh itu, dalam lawatan tersebut rombongan para pelawat telah ditunjuk cara oleh Hajah Jauwah mengenai cara-cara menganyam bakul, Bayong, tudung dulang, ketupat dan lain-lain lagi yang kini semakin pupus di telan zaman. Rombongan pelajar tersebut menyatakan mereka sangat berpuas dengan lawatan yang diadakan dan berharap agar ia dapat diberigakan kepada generasi-generasi muda lainnya.
