Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan semai minat dalam bidang pertanian

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Seramai 30 orang belia dan beliawanis masjid senegara hari ini mengadakan aktiviti lawatan dan gotong-royong di ladang nanas bersempena dengan Hari Bertindak (DOA) anjuran Jabatan Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Belia dan ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid Pengiran Muda Abdul Malik, Kampung Tungku Katok dengan kerjasama Ashabul Halim dan Ladang Nanas MPK Tungku Katok.

    Hadir sama pada acara tersebut ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Belia, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Yusli bin Haji Ashli.

    Tujuan lawatan berkenaan adalah bagi memberi pengetahuan dan pengalaman luar pada belia dan beliawanis masjid mengenai pertanian ladang nanas di negara ini dan melihat persekitaran semula jadi sebenar mengenai industri pertanian untuk dijadikan sumber pendapatan bagi belia dan beliawanis yang berminat dalam bidang pertanian.

    Antara objektif lawatan tersebut diadakan adalah untuk memberi pengalaman aktiviti yang dilakukan di lokasi lawatan.

    Di samping untuk memberi pengalaman dan pengetahuan baharu kepada peserta lawatan.
    Acara tersebut juga di hasrat dapat menanam sikap tolong-menolong, bertolak ansur dan berdikari di kalangan peserta yang mengikutinya.

    ATAS & BAWAH: Para belia dan beliawanis masjid senegara yang terlibat dalam aktiviti berkenaan mengadakan bergotong-royong di Ladang Nanas MPK Tungku Katok. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda