Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Seramai 40 orang murid tadika bersama tujuh orang tenaga pengajar Sekolah Chung Hwa, Kiudang baru-baru ini, telah mengadakan lawatan sekolah ke Hungry Hippo Cafe yang terletak di Batu Bersurat.
Antara objektif lawatan berkenaan ialah bagi memberikan peluang kepada para murid untuk menghubungkan segala pengajaran yang diperolehi semasa berada di sekolah dan digunakan dalam kehidupan nyata.
Selain itu, melalui sesi lawatan berkenaan ia juga dapat menambah pengalaman pembelajaran serta cara bersosialisasi bersama masyarakat luar di samping mendedahkan mereka kepada persekitaran yang baharu.
Murid-murid berkenaan kelihatan begitu teruja kerana dapat mengadakan lawatan bersama rakan-rakan sekelas di luar persekitaran sekolah dan merancang untuk mengadakan beberapa siri lawatan sekolah lagi pada masa yang akan datang.
