Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Lawatan teroka peluang kerjasama

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Seramai 45 orang terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Bunga dan penduduk kampung berkenaan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Miri, Sarawak baru-baru ini.

    Rombongan diketuai oleh Ketua Kampung Sungai Bunga dan Pemangku Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Zaini bin Haji Salleh.

    Lawatan antara lain bertujuan untuk membuka minda para peserta melalui program perkongsian pengalaman di samping mengeratkan silaturahim dan membuka peluang untuk bekerjasama dalam bidang yang bersesuaian.

    Dalam lawatan itu, rombongan berpeluang mengunjungi Galeri dan Muzium Kilang Kek Lapis Sarawak Siti Payung dan Rosfaniaga Services Sdn Bhd (Pengeluaran Keropok Lekor Sarawak) d-FRentz.

    Awang Zaini menjelaskan, lawatan seumpamanya memberikan peluang menambah ilmu ahli-ahli MPK dan penduduk yang mengikuti lawatan di samping bertukar-tukar fikiran bersama para pengusaha kecil di negara ini. Tambahan lagi, kebanyakan ahli-ahli MPK Sungai Bunga dan ahli Biro Wanita terdiri daripada pengusaha-pengusaha perusahaan mikro.

    Beliau melahirkan harapan agar ilmu yang diperolehi daripada lawatan tersebut akan dapat dikongsikan kepada pengusaha-pengusaha mikro dan kecil serta belia dan beliawanis yang
    lain.

    Gambar ramai rombongan di salah satu tempat yang dikunjungi semasa lawatan sambil belajar ke Miri, Sarawak, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN MPK SUNGAI BUNGA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...