BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Seramai 40 orang terdiri daripada kumpulan Muslimah, belia dan beliawanis dari Masjid Kampung Masin telah membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Adat Istiadat Negara baru-baru ini.
Rombongan yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Masin, Awang Jeffry bin Haji Metassim adalah salah satu daripada program aktiviti takmir masjid berkenaan.
Rombongan lawatan tersebut dialu-alukan oleh Pegawai Adat Istiadat, Awang Mohd Zaizul bin Haji Mohd Daud yang juga menyampaikan taklimat mengenai terasul dan Bahasa Dalam, seterusnya diikuti dengan taklimat sekali gus dengan lawatan ke Bangunan Lapau yang disampaikan oleh Pegawai Penyelidik, Awang Mohd Zaim bin Mahmud.
Dengan adanya lawatan tersebut, ia diharap dapat memberikan pengetahuan dan pendedahan lebih jelas kepada rombongan mengenai jabatan tersebut, di samping mengenali fungsi, tugas dan tanggungjawab Jabatan Adat Istiadat Negara.
