Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Lawatan tingkat kefahaman sejarah Islam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Seramai 78 orang peserta Skim Bimbingan Lanjutan bagi Mualaf Siri ke-40 bersama para pegawai pengiring dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB), hari ini.

    Para peserta terdiri daripada mualaf dari keempat-empat daerah iaitu 24 orang dari Daerah Brunei dan Muara, serta 18 orang masing-masing dari Daerah Tutong, Belait dan Temburong.

    Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), lawatan merupakan salah satu aktiviti ilmiah kepada para peserta dengan tujuan untuk mendedahkan mereka mengenai sejarah ketamadunan Islam dan artifak-artifak Islam.

    Di samping itu, ia juga meningkatkan kefahaman mereka melalui perkongsian maklumat mengenai sejarah kegemilangan Islam serta memupuk dan menambahkan rasa kasih dan cinta terhadap sejarah dan warisan Rasulullah SAW.

    Gambar ramai peserta semasa lawatan ke BKISHHB kelmarin. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...