Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lawatan tinjau sistem pembelajaran Maktab Duli

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Dengan matlamat untuk memperoleh pengetahuan mengenai sistem jadual masa dan pembelajaran Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), seramai 14 orang pendidik dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) mengadakan lawatan ke maktab berkenaan di Gadong pada 12 September lalu.

    Kumpulan pendidik yang terdiri daripada guru-guru mata pelajaran dan pentadbiran itu telah diketuai oleh Pemangku Pengetua SMALHB, Hajah Azizah binti Haji Mohammad, yang dialu-alukan oleh Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad.

    Rombongan dibawa ke bilik VIP maktab itu, di mana mereka diberikan taklimat mengenai sistem pembelajaran bilik darjah pelajar dan maklumat berkaitan akademik serta diikuti dengan sesi soal jawab.

    Di hujung lawatan, Hajah Azizah menyatakan penghargaan kepada Dayangku Hajah Nooramaliatifah serta pasukan pentadbiran maktab kerana mengalu-alukan lawatan mereka serta berkesudian untuk berkongsi maklumat yang berguna mengenai sistem pendidikan maktab berkenaan.

    Selain daripada ingin memperoleh pengetahuan mengenai sistem jadual masa dan pembelajaran maktab, lawatan juga dihasratkan untuk mengetahui mengenai kursus yang disediakan dan kombinasi mata pelajaran yang ditawarkan oleh maktab itu.

    Lawatan daripada rombongan pendidik Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah ke Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah pada 12 September lalu. – Gambar serahan Maktab Duli
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...