Wednesday, April 16, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan Xi Jinping ke Vietnam cetus reaksi Trump

    HANOI, 15 APRIL – Presiden China, Xi Jinping, memberi penghormatan kepada pemimpin revolusi Vietnam yang telah meninggal dunia, Ho Chi Minh, hari ini pada hari terakhir lawatannya ke Hanoi — satu lawatan yang menurut Presiden Donald Trump bertujuan untuk ‘menekan’ Amerika Syarikat (AS).

    Xi berada di Vietnam sebagai sebahagian daripada lawatan ke Asia Tenggara yang turut merangkumi Malaysia dan Kemboja, ketika Beijing berusaha menonjolkan dirinya sebagai alternatif yang stabil berbanding Trump dalam menghadapi tarif perdagangan dari AS.

    Kelmarin, pemimpin China itu menyeru negaranya dan Vietnam agar menentang penindasan unilateral dan mempertahankan kestabilan sistem perdagangan bebas global, menurut media rasmi Beijing.

    Beberapa jam kemudian, Trump memberitahu pemberita di Rumah Putih bahawa pertemuan antara kedua-dua negara itu bertujuan untuk merugikan AS.

    “Saya tidak menyalahkan China. Saya tidak menyalahkan Vietnam. Tidak. Saya lihat mereka bertemu hari ini dan itu bagus,” katanya.

    “Itu satu pertemuan yang indah… seolah-olah mereka sedang berbincang, bagaimana kita mahu ‘kenakan’ AS.”

    China dan Vietnam menandatangani 45 perjanjian kerjasama kelmarin, termasuk dalam bidang rantaian bekalan, kecerdasan buatan, rondaan maritim bersama, dan pembangunan rel kereta api. – AFP

    Presiden Vietnam, Luong Cuong (kanan) dan Presiden China, Xi Jinping, berjabat tangan di Istana Presiden di Hanoi, Vietnam, pada 15 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda