Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Layanan kurang memuaskan di kaunter pandu lalu

    Benarlah realiti kehidupan pada zaman moden ini, dunia semakin canggih, budaya bersopan santun sudah mulai pudar dan kurang diamalkan dalam kehidupan.

    Ke mana hilangnya adab dan budaya sopan orang Melayu yang telah lama diamalkan sekian abad?

    Baru-baru ini, penulis berdepan dengan situasi yang amat mengecewakan ketika ingin membeli makanan secara pandu lalu di sebuah restoran makanan segera. Penulis mendapati beberapa pekerja kaunter pembayaran sibuk melayani peranti telefon bimbit masing-masing sambil bergelak ketawa sesama sendiri tanpa menghiraukan pelanggan yang sedang menunggu untuk membuat pembayaran.

    Bukan itu saja, mereka juga menjeling penulis, yang cukup membuat hati panas seperti mencurah minyak ke dalam api.

    Lebih mengejutkan lagi, kejadian serupa juga dialami oleh beberapa pelanggan lain selepas penulis beredar dari tempat tersebut.

    Penulis mendapati beberapa pelanggan lain turut hilang sabar atau menegur salah seorang staf atas layanan yang kurang memuaskan.

    Sikap sebegini sememangnya tidak wajar dan tidak manis dipandang orang ramai walaupun hendak bergurau sesama pekerja, tolonglah jangan dilakukan di hadapan pelanggan.

    Ingatlah, tujuan awda mencari nafkah adalah untuk memberi layanan kepada para pelanggan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, merekalah jadi punca rezeki dalam gaji awda, jadi jagalah pelanggan sebaik-baiknya.

    Penulis berharap tindakan segera diambil oleh pihak yang relevan untuk memberikan tunjuk ajar kepada kakitangan mereka mengenai sikap dan layanan baik kepada para pelanggan.

    Ziyah

    Foto Canva

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Hutan walnut semula jadi terbesar dunia berdepan ancaman kepupusan

    ARSLANBAP, KYRGYZSTAN - Mengharungi daun keemasan yang gugur, penduduk...

    Hubungan seorang lelaki dengan anak hasil perbuatan zinanya

    Sambungan minggu lepas… (b) Bagaimanapun, dalam hal yang kedua pula,...

    Tertinggal rukun tertib di antara rukun sembahyang bagi orang yang sembahyang...

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan...

    Labuan kini cagar alam penting penyu karah, agar

    LABUAN – Di bawah ketenangan permukaan air laut yang...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...