Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Layanan kurang sopan di sempadan

    Baru-baru ini, kenalan saya dari negara jiran telah datang berhari raya di rumah saya buat pertama kali.

    Beliau mengongsikan pengalaman beliau dimarahi pegawai di sempadan gara-gara kesilapannya semasa menggunakan alat imbas untuk sistem EES.

    Memandangkan itulah kali pertama dia melintasi sempadan dan menggunakan sistem berkenaan, sudah pastilah dia sedikit kekok ketika menggunakan alat imbas tersebut.

    Namun, yang menyedihkan adalah apabila dia dimarahi seperti budak kecil oleh petugas dalam kaunter tanpa rasa hormat.

    Dalam media sosial, ramai juga pelawat dari luar negara yang berkongsi pengalaman apabila tidak menerima layanan yang tidak mesra sebegini. Mereka dimarahi apabila tidak lancar menggunakan sistem berkenaan. Lebih memeranjatkan lagi apabila mungkin ada yang dihukum tidak dibenarkan masuk sempadan sekiranya menegur kembali pegawai berkenaan.

    Saya kira ini tidak seharusnya berlaku kerana ia tidak mencerminkan sikap mesra pengguna terutamanya semasa melayan pelancong luar negara yang melintasi sempadan.

    Sudah tentu kita sebagai rakyat Brunei mengalu-alukan kedatangan lebih ramai pengunjung yang boleh menaikkan industri pelancongan negara kita.

    Namun, saya tidak nafikan ada juga petugas-petugas di sempadan yang sopan dan ramah serta sudi membantu sekiranya ada kesulitan. Saya sendiri belum pernah menerima layanan yang buruk dalam pengalaman saya melintas sempadan beberapa kali. Tambahan lagi, operasi pos sempadan yang dilanjutkan sehingga tengah malam semasa sambutan Hari Raya menunjukkan keprihatinan pihak berkenaan dalam perkhidmatannya. Terima kasih dan syabas saya ucapkan.

    Awang Jo

    Gambar MP

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Teroka peluang kerjasama dalam bidang onkologi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV - Pusat Kanser Brunei...

    Bengkel perkukuh kefahaman bidang tadabbur

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV -...

    Peserta kursus hospitaliti tandatangani kontrak

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...