Wednesday, May 7, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Layanan Yong Jun Hyung terhadap Hyuna dipuji

    Perkahwinan pasangan penyanyi penyanyi Hyuna dan Yong Jun Hyung mungkin mendapat tentangan peminat namun ia tidak menghalang mereka mengecap kebahagiaan.

    Sepanjang tujuh bulan mendirikan rumah tangga, pasangan ini dilihat tidak lagi berselindung dalam mempamerkan mereka adalah pasangan.

    Sejak berkahwin, mereka juga kerap dilihat pergi bercuti dan melakukan aktiviti romantis.

    Terbaharu, Hyuna berkongsi fotonya menerima hadiah sebuah beg tangan mewah daripada suami.

    “Terima kasih,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen bersama emoji hati.

    Meskipun tidak mendedahkan harga beg tangan jenama Chanel itu namun ia dipercayai berharga AS$6,400.

    Sehubungan itu, rata-rata warganet berpendapat Jun Hyung memberi layanan baik kepada isterinya.

    Untuk rekod, Hyuna dan Jun Hyung mendirikan rumah tangga pada Oktober 2024 selepas hampir setahun bercinta.

    Pun begitu perkahwinan mereka tidak direstui peminat kerana Jun Hyun pernah dikaitkan dengan kes jenayah seksual membabitkan ramai selebriti lelaki iaitu ‘Burning Sun’. – Agensi

    Hyuna kerap kongsi layanan romantis dari suami. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda