KUALA LUMPUR, 7 DIS – Lazada menceriakan rakyat Malaysia dengan menawarkan pelbagai ganjaran hebat termasuk ribuan baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari selain hadiah sebuah kereta, bersempena sambutan ulang tahun ke-10 acara Jualan Mega 12.12.
Bagi tempoh 12 hingga 14 Disember ini, acara Jualan Akhir Tahun itu menawarkan sejumlah 50,000 baucar penghantaran percuma itu yang diberikan setiap hari pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari menerusi laman Lazada.
Tidak kurang menariknya, pengguna juga boleh mengumpulkan baucar harian tersebut untuk menerima diskaun RM5 secara automatik bagi yuran penghantaran apabila membeli barangan terpilih dengan ikon ‘Penghantaran Percuma.’
Dalam kenyataannya hari ini, Lazada berkata jutaan produk daripada ribuan penjual layak bagi tawaran baucar penghantaran percuma ini, termasuk jenama LazMall seperti Pandora, OxWhite. Ketua Pertumbuhan Pengguna Lazada Malaysia Rick Ting berkata sejak sedekad lepas, acara jualan mega Lazada itu menghubungkan rakyat Malaysia dengan pelbagai peniaga kecil, jenama, dan perniagaan dalam talian.
“Bermula dengan cita-cita untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital tempatan, ia sebaliknya telah berkembang dan dianggap sebagai satu piawaian industri.
“Sebagai tanda penghargaan kepada pembeli kami dan bersempena sambutan ulang tahun ke-10 Jualan 12.12 Lazada ini, pelanggan boleh membeli dan menghantar barangan kepada orang tersayang di seluruh negara tanpa perlu menanggung yuran penghantaran pada musim pemberian hadiah akhir tahun ini. – Bernama