Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lazio sia-siakan peluang pintas Juve

    ROM, 11 MAC – Lazio terlepas peluang untuk naik ke tangga keempat Serie A selepas sekadar seri 1-1 di laman sendiri menentang Udinese, kelmarin. 

    Kelab dari Rom itu memulakan perlawanan dua mata di belakang Juventus yang berada di tempat kelima, tetapi ketinggalan pada pertengahan babak pertama. Florian Thauvin mengucar-ngacirkan pertahanan Lazio sebelum meledak voli dari jarak dekat selepas kekalutan di dalam kotak penalti.

    Namun, Alessio Romagnoli menyamakan kedudukan 10 minit kemudian. Matias Vecino menanduk bola hasil sepakan sudut dari sebelah kanan, dan pemain pertahanan berpengalaman itu muncul di tiang belakang untuk menjaringkan gol pertamanya musim ini. 

    Dengan keputusan seri itu bermakna kedua-dua pasukan melanjutkan rekod tanpa kalah mereka dalam liga kepada enam perlawanan. Namun, Lazio kekal di tangga kelima, satu mata di belakang Juventus, yang tewas 4-0 di laman sendiri kepada Atalanta pada hujung minggu.

    Manakala Udinese kekal berada di kedudukan ke-10 liga.- AP

    Reaksi Alessio Romagnoli meraikan gol semasa pertembungan menentang Udinese pada Isnin.- AP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda