Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lazio terus beri tekanan kepada Juventus

    MILAN, 28 JUN – Ciro Immobile dan Luis Alberto kembali menghidupkan semula harapan Lazio mengejar kejuaraan Serie A setelah menang 2-1 menentang Fiorentina pada perlawanan semalam untuk merapatkan lagi jurang mata bersama pendahulu Serie A, Juventus dengan empat mata.

    Kemenangan 21 kali berturut-turut Lazio berakhir dengan kekalahan 3-2 di Atalanta pada perlawanan Rabu lalu.

    Tetapi pasukan Simone Inzaghi kembali merapatkan kedudukan di belakang lapan kali juara bertahan Serie A, yang telah menewaskan Lecce 4-0 di Turin pada perlawanan Jumaat lepas.

    “Pasukannya tahu taruhannya tinggi,” kata Inzaghi ketika Lazio menyasarkan gelaran Serie A pertama dalam dua dekad. “Ini adalah kemenangan cukup penting bagi kami. Kami mempunyai skuad terhad ketika ini dengan beberapa pemain yang mengalami kecederaan.”

    Pasukan Inzaghi ketinggalan pada awal perlawanan ketika mereka kembali beraksi ke Stadium Olimpico setelah hampir empat bulan ditutup akibat COVID-19 dengan pemain veteran Fiorentina dari Perancis, Franck Ribery, meletakkan pasukan pelawat berada di depan di minit ke-25 perlawanan.

    Reaksi pemain tengah Lazio, Luis Alberto ketika meraikan jaringan golnya semasa perlawanan Serie A antara Lazio dan Fiorentina semalam yang dimainkan di belakang pintu tertutup di Stadium Olimpik di Rom. – AFP

    Bekas bintang Bayern Munich yang berusia 37 tahun itu mempamerkan aksi yang cemerlang bermain hanya pada perlawanan keduanya sejak kembali dari kecederaan pergelangan kaki kanannya pada November lalu.

    Ribery membolosi pertahanan Lazio, meninggalkan Marco Parolo dan Patri dan menewaskan penjaga gol Thomas Strakosha.

    Lazio kembali bangkit pada separuh masa kedua di minit ke-67 berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan sepakan penalti yang diberikan kerana Dragowski melakukan kekasaran terhadap Caicedo.

    Penjaring terbanyak Serie A, Immobile menjaringkan gol liga ke-28 musim ini dengan kelebihan lima gol berbanding bintang Juventus, Cristiano Ronaldo.

    Fiorentina berada di tangga ke-13 berkongsi mata bersama Torino di tempat ke-14. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda