Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    LazStar Academy buat penampilan sulung

    KUALA LUMPUR, 26 Sept – LAZADA, Alibaba Business School dan Taobao University berganding tangan memperkenalkan LazStar Academy, rangkaian terdiri daripada jurulatih pakar bertauliah di Asia Tenggara bagi memberi manfaat kepada komuniti penjual yang besar di LAZADA.

    Diwujudkan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, LazStar akan membawakan pakar tempatan serta nasihat dalaman daripada beberapa penjual LAZADA yang paling berjaya juga berpengalaman, supaya pemilik perniagaan dapat mengelakkan kejatuhan di waktu mereka berusaha menggiatkan pertumbuhan perniagaan dalam talian mereka, kata LAZADA dalam satu kenyataan hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif LAZADA Malaysia, Christophe Lejeune, berkata LazStar Academy adalah contoh utama usaha kerjasamanya dengan Alibaba bagi meningkatkan pengetahuan e-Dagang dan kemahiran profesional dalam kalangan penjualnya yang kemudiannya akan menyampaikannya kepada yang lain dalam komuniti berkenaan

    Latihan LazStar Academy akan dibangunkan bersama oleh beberapa jurulatih jualan bertauliah, Taobao University dan LAZADA yang mana modulnya akan menyediakan pandangan berguna daripada usahawan tempatan LAZADA dan amalan terbaik daripada Alibaba.

    Syarahan LazStar, yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah, akan membantu peserta memperoleh dan mengekalkan pelanggan, pada masa sama memaksimakan perolehan di dalam landskap e-Dagang yang pesat berkembang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda